Sila ambil perhatian bahawa Rakaniaga (IB) B hanya boleh menyambungkan (attach) akaun mereka kepada Rakaniaga A jika mereka belum pernah meraih Komisen affiliate untuk tempoh satu tahun kalendar.
Mari kita lihat contoh-contoh berikut:
- Rakaniaga 1 baru sahaja membuka akaun IB beliau dan belum pernah menerima komisen. Dalam kes ini, Rakaniaga 1 boleh menyambungkan akaun Affiliate beliau kepada Rakaniaga A.
- Rakaniaga 2 seorang IB yang sudah pun berpengalaman dan beliau meraih komisen affiliate setiap minggu. Rakaniaga seperti beliau tidak boleh menyambungkan akaun IB mereka kepada Rakan Kongsi lain kerana ia aktif dan menerima komisen.
Perhatian! Jika anda tidak dapat menemui pautan "Jemput Rakaniaga", sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk memastikan program ini tersedia untuk negara anda.
Walau bagaimanapun, jangan bimbang; tanpa menyambungkan akaun IB kepada Rakan Kongsi A sekali pun, bilangan pelanggan yang anda boleh perkenalkan kepada FBS masih lagi tidak terhad dan anda akan mendapat komisen yang berterusan berdasarkan prestasi perdagangan mereka. Untuk memberi motivasi kepada pelanggan, kami menawarkan Rebat - infra yang sudah terbukti berkesan yang akan mendatangkan manfaat bersama buat kedua-dua pelanggan dan Rakaniaga.