Kami menawarkan tujuh jenis akaun, anda boleh lihat kesemua akaun ini di laman web kami: akaun Standard , Cent, Micro, Zero Spread, Cyrpto, Pro dan ECN.
Kami ingin mengingatkan anda bahawa pilihan akaun bergantung pada strategi perdagangan, pengalaman, niat untuk memperdagangkan mana-mana instrumen dagangan tertentu dan baki permulaan. Apabila memilih jenis akaun, anda perlu memastikan bahawa nisbah leveraj, komisen dan saiz deposit yang disyorkan sepadan dengan jangkaan anda.
Di sini anda boleh melihat jadual perbandingan syarat perdagangan (termasuk saiz spread, komisen, leveraj, bilangan pesanan maksimum, dll.) bagi semua jenis akaun.
Di bawah, anda boleh dapatkan beberapa maklumat untuk membantu anda memahami jenis mana yang sesuai untuk anda!
Saya seorang newbie. Apakah jenis akaun yang anda cadangkan?
Akaun Cent adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin mula berdagang secara sebenar dengan pelaburan yang kecil. Di akaun ini, anda berdagang dalam unit sen, yang menjadikannya berisiko rendah.
Sebagai contoh, jika anda mendepositkan $10 ke akaun Cent, anda akan melihatnya sebagai 1000 di dalam platform perdagangan, yang bermakna anda akan berdagang dengan 1000 sen.
Keuntungan/kerugian juga dipaparkan dalam unit sen di MetaTrader.
Akaun Cent mempunyai spread terapung dan tiada komisen, dan leveraj maksimum ialah 1:1000.
Akaun ini pilihan yang sangat baik untuk para pemula. Walau bagaimanapun, ia juga pilihan yang menarik untuk para pedagang berpengalaman yang ingin menguji strategi baharu.
Saya sedang mencari akaun scalping yang terbaik!
ECN (Electronic Communication Network) adalah pilihan para pedagang profesional yang mahukan syarat perdagangan yang terbaik. Akaun ini pilihan yang sempurna untuk pedagang berpengalaman, dan ia memberikan prestasi yang terbaik untuk strategi perdagangan scalping.
Ciri utama pelaksanaan pasaran ECN ialah ia membantu pelanggan memasuki pasaran perdagangan secara langsung dengan memadankan urusniaga ECN antara para peserta pasaran dan kemudian menghantar pesanan kepada penyedia kecairan. Akaun ini melaksanakan pesanan secara automatik dengan memadankan pesanan beli dan jual pada harga yang terbaik yang ada.
Oleh itu, kelebihan akaun ECN ialah pelaksanaan pasaran yang terpantas, spread yang rendah (dari -0.1 poin), sebut harga terbaik tanpa kelewatan dan jumlah penyedia kecairan yang besar. Ia mempunyai kadar komisen yang malar iaitu $6 bagi setiap lot yang didagangkan. Leveraj maksimum untuk akaun ECN ialah 1:500.
Saya mahu dagangkan matawang kripto.
Bagi mereka yang ingin berdagang matawang kripto, kami menawarkan akaun Crypto. Dengannya, anda boleh mencuba kelas aset yang terbaharu dan yang paling menarik di dunia – matawang kripto. Bitcoin, Ethereum dan koin digital lain sangat meruap, jadi pedagang boleh meraih keuntungan daripada pergerakan harga yang rancak. Selain itu, tidak seperti pasaran tradisional, perdagangan kripto tersedia 24/7.
Akaun Crypto mempunyai spread yang terapung tetapi kadar komisennya lebih rendah. Leveraj terbesar yang ada ialah 1:5. Apa yang paling menarik, ia menampilkan lebih daripada 100 instrumen: koin, koin-fiat, koin-koin dan koin-logam.
Saya ingin berdagang dengan akaun "happy medium". Apakah ada yang seperti itu?
Akaun Standard sesuai untuk pedagang yang mencari pengalaman perdagangan tradisional. Ia menawarkan spread yang ultra kompetitif tanpa sebarang komisen, dan anda boleh meningkatkan leveraj sehingga 1:3000.
Saya mahu akaun yang saya boleh gunakan untuk berdagang semasa berita.
Ciri utama akaun Zero Spread adalah ia tiada spread, dan itulah sebabnya ia adalah pilihan yang terbaik untuk pedagang yang lebih suka berdagang dengan kelajuan yang tinggi dan berdagang ketika pengumuman berita. Berdagang dengan akaun ini akan membolehkan anda meningkatkan keuntungan anda dan membuat unjuran penghasilan anda dengan lebih tepat. Walaupun akaun jenis ini tidak mempunyai sebarang spread, ia mengenakan cas melalui komisen (dari $20, jumlah bergantung pada instrumen dagangan). Selain dari itu, ia menawarkan leveraj sehingga 1:3000.
Walau bagaimanapun, sila pertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan (p.3.3.8), bagi instrumen dengan spread tetap atau komisen tetap, Syarikat berhak untuk menaikkan spread sekiranya spread pada kontrak asas lebih daripada saiz spread tetap.
Begitulah juga, akaun Micro dengan spread tetap (dari 0.3 poin) sesuai untuk berdagang sempena berita. Berbeza dengan akaun Zero Spread, ia tidak mengenakan komisen. Ia juga mempunyai leveraj tertinggi yang ada iaitu 1:3000 dan berfungsi paling baik untuk mereka yang ingin mendapatkan pengalaman dan menguasai pelbagai strategi dagangan yang berbeza.
Saya tidak mahu berdagang dengan akaun di platform MetaTrader. Adakah terdapat alternatif?
Tentu sekali! Kami ada menawarkan satu Platform Perdagangan FBS yang lebih mesra pengguna, baik untuk pedagang baru mahupun yang berpengalaman. Ia mempunyai ciri-ciri penting untuk menjadikan perdagangan lebih menyenangkan dan mudah diakses oleh pedagang. Anda boleh berdagang dengan akaun Standard dan Crypto (sebenar dan demo) dengan platform ini.
Syarat-syarat perdagangan akaun ini adalah sama dengan syarat perdagangan akaun MT yang serupa.
Saya pedagang yang berpengalaman dan saya mahu akaun yang tidak menghadkan bilangan pesanan yang boleh dibuka.
Akaun PRO ialah akaun yang disasarkan untuk pelanggan yang sudah berpengalaman, mempunyai strategi dan berkeinginan untuk meningkatkan keuntungan mereka. Jika dibandingkan dengan akaun perdagangan yang lain, akaun PRO mempunyai spread yang lebih kecil; dan pelanggan dengan akaun ini boleh menggunakan VPS di bawah syarat-syarat tertentu. Leveraj maksimum yang disediakan ialah 1:2000, dan deposit minimum ialah 1000 USD.
Sila ambil perhatian bahawa deposit di bawah 1000 USD tidak boleh dikreditkan ke akaun ini.
Apakah instrumen-instrumen yang tersedia untuk didagangkan di setiap jenis akaun?
Rujuk artikel ini jika anda ingin mengetahui apakah instrumen perdagangan yang anda boleh dagangkan di akaun jenis tertentu.
Kami doakan kejayaan anda!