Maklumat penting! Sila pertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan: pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaunnya hanya ke sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit.
Dimana Klien membuat deposit menggunakan beberapa kaedah pembayaran, proses pengeluaran akan
dilakukan berdasarakan sistem LIFO (last in first out). Ini bermakna jika seorang pelanggan membuat
deposit ke akaun mereka menggunakan Kaedah Pembayaran 1, dan selepas itu menggunakan Kaedah
Pembayaran 2 untuk deposit, untuk membuat pengeluaran, keseluruhan jumlah deposit yang dilakukan
menggunakan Kaedah Pembayaran 2 perlu dikeluarkan terlebih dahulu (keseluruhan sekaligus atau
berperingkat) menggunakan Kaedah Pembayaran 2, dan hanya selepas itu, pengeluaran boleh dilakukan
menggunakan Kaedah Pembayaran 1.
Di wilayah di mana Bank-bank Tempatan tersedia, amaun selebihnya (seperti keuntungan, dana bonus, penghargaan, komisen rakan kongsi, dll.) harus dikeluarkan ke Bank-bank Tempatan. Jika bank tempatan tidak tersedia di Kawasan Peribadi, keuntungan boleh dikeluarkan melalui mana-mana e-wallets.
Selain dari itu, jika Pelanggan menggunakan matawang digital/maya dalam operasi kewangan, Pelanggan berjanji untuk menggunakan hanya satu dompet yang spesifik bagi setiap matawang digital bila mengeluarkan dana.
Anda boleh pindahkan wang dari salah satu akaun anda ke akaun anda yang lain di dalam Laman Peribadi anda.
- Klik pada "Deposit & Pengeluaran" dalam menu di bahagian atas halaman:
- Pilih Pengeluaran.
- Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya.
- Pilih akaun dagangan yang anda ingin keluarkan.
- Tentukan maklumat tentang akaun e-wallet atau sistem pembayaran anda.
Untuk pengeluaran melalui kad klik pada tanda " + " untuk memuat naik gambar salinan bahagian belakang dan hadapan kad anda. - Taip jumlah wang yang anda mahu untuk keluarkan.
- Klik pada butang "sahkan pengeluaran".
Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa fi atau komisen pengeluaran bergantung kepada sistem pengeluaran yang anda pilih.
Tempoh waktu pemprosesan juga bergantung kepada sistem pembayaran.
Anda boleh memantau status permohonan kewangan anda di Sejarah Transaksi.
Sila ambil maklum bahawa menurut Perjanjian Pelanggan:
5.2.8. Jika suatu akaun dibiayai melalui kad debit atau kad kredit, salinan kad diperlukan untuk memproses pengeluaran. Salinan mestilah mengandungi 6 angka pertama dan 4 digit terakhir nombor kad, nama pemegang kad, tarikh luput dan tandatangan pemegang kad.
Anda harus menutup kod CVV di belakang kad, kami tidak memerlukannya.
Untuk bahagian belakang kad, kami hanya perlukan tandatangan anda yang mana ia menjadikan kad tersebut sah untuk digunakan.