Anda boleh mengubah emel Laman Peribadi anda hanya jika identiti anda belum disahkan lagi. Dalam kes sebegini, emel pendaftaran baru akan dihantarkan ke alamat emel baru anda.
Sungguh begitu, sila maklum bahawa opsyen unutk mengubah alamat emel anda tidak tersedia di sistem Laman Peribadi seandainya identiti anda sudah pun disahkan.
Kami boleh ubah emel anda secara manual dan biasanya ini kami lakukan untuk kes-kes seperti kesilapan menaip.
Sebaliknya, jika anda sudah tidak mahu menggunakan emel sedia ada anda, anda boleh membuka Laman Peribadi baru menggunakan alamat emel yang lain untuk terus menggunakan semua fungsi pengurusan akaun di dalam Laman Peribadi pelanggan.
Seandainya anda perlu mengubah alamat emel anda, sila hantarkan permohonan pertukaran emel dengan maklumat berikut:
- Nama penuh anda;
- Nombor akaun anda;
- Emel semasa bagi Laman Peribadi anda;
- Alamat emel anda yang sebetulnya;
- Sebab sebenar mengapa anda mahu mengubah alamat emel anda;
- Maklumat yang mengesahkan anda tidak boleh menggunakan lagi alamat emel sedia ada anda (seandainya emel yang anda sedang gunakan telah ditutup);
- Sekeping foto di mana anda sedang memegang pasport atau kad pengenalan (atau dokumen lain yang anda telah gunakan bagi pengesahan identiti Laman Peribadi anda) berhampiran wajah anda. Contohnya seperti ini:
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.