Anda boleh buka akaun baru di dalam Laman Peribadi anda.
Untuk membuat demikian, sila cari butang "+ Buka akaun" dan klik butang tersebut:
Di halaman yang dibuka pilih bahagian Real atau Demo terlebih dahulu. Kemudian pilih jenis akaun dan klik butang "Buka akaun".
Anda akan dipindahkan ke halaman pembukaan akaun. Bergantung pada jenis akaun tersedia untuk anda memilih versi MetaTrader, mata wang akaun, leverage dan baki awal (untuk akaun demo).
Sila maklum bahawa anda boleh membuka sehingga 10 akaun untuk setiap jenis akaun dalam satu Laman Peribadi sekiranya 2 syarat telah dipenuhi:
- Laman Peribadi anda sudah disahkan;
- secara total, $100 atau lebih telah didepositkan ke akaun-akaun anda.