Proses pembukaan akaun di FBS sangat mudah.
1. Lawat laman web kami.
2. Klik pada butang "BUKA AKAUN" di sudut atas-kanan laman web kami.
Anda perlu melalui prosedur pendaftaran dan dapatkan Laman Peribadi.
3. Anda boleh daftar melalui rangkaian sosial atau masukkan data yang diperlukan untuk
pendaftaran akaun secara manual.
Mari kita ulas lebih lanjut langkah kedua.
Pertama sekali, anda perlu memilih satu JENIS AKAUN.
FBS menawarkan pelbagai jenis akaun. Jika anda seorang pemula (newbie), pilih akaun Cent untuk berdagang dengan sejumlah wang yang lebih kecil sementara masih cuba mengenali Pasaran.
Jika anda sudah pun mempunyai pengalaman berdagang, anda mungkin mahu memilih akaun Micro, Standard, ECN atau akaun Zero Spread. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang jenis-jenis akaun, lawati seksyen «Trading» laman web FBS.
Seterusnya anda perlu tetapkan matawang akaun anda, dan isikan nama penuh, emel dan nombor telefon mudah alih anda.
Sila luang masa untuk membaca Perjanjian Pelanggan FBS. Pastikan anda membaca kandungannya dengan teliti.
Bila anda sudah membaca semua maklumat tersebut, klik untuk mengakui anda menerima Perjanjian Pelanggan tersebut dan tekan butang "Buka Akaun".
4. Semak emel anda. Disitu akan ada link pengesahan emel. Klik link di dalam email untuk mengesahkan alamat emel anda dan menyelesaikan pendaftaran.
5.Tahniah ! Pendaftaran anda selesai.
Anda akan diberi maklumat akaun. Pastikan anda menyimpan semua kata laluan anda dengan cermat di tempat yang selamat. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu masukkan nombor akaun, kata laluan dagangan dan pelayan dagangan (trading server) di dalam MetaTrader4 atau MetaTrader5 untuk mulakan aktiviti trading.
6. Kami menyarankan anda untuk menukar kata laluan Halaman Peribadi dengan menekan link di dalam emel atau setting di sebelah kanan di halaman peribadi.
7. Untuk membolehkan anda mengeluarkan dana daripada akaun, anda perlu sahkan profil di Halaman Peribadi di laman web FBS.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.