Pautan referral adalah kod unik anda yang pelanggan gunakan ketika mendaftar. Bila pelanggan klik pautan tersebut, laman yang beliau lawati akan menyimpan sedikit maklumat di dalam pelayar web beliau selama beberapa bulan. Setiap kali beliau melawati www.fbs.com, laman akan mengingati beliau sebagai pelanggan anda.
Anda boleh mendapatkan pautan referral anda di dalam Laman Peribadi. Untuk mendapatkannya, sila maju ke seksyen Rakaniaga di Laman Peribadi anda, dan pilih tab "Pautan referral" Anda akan menemui pautan referral anda di bahagian bawah halaman, di ruangan bertajuk "Pautan referral dengan ID Rakaniaga anda".
IB (rakaniaga) boleh menggunakan kata kunci pilihan beliau, sebagai ganti kepada ID beliau.
Pautan referral anda yang menggunakan kata kunci berfungsi 100% sama seperti pautan referral yang menggunakan ID rakaniaga. Walau apa pun format yang anda gunakan, semua pelanggan yang mengikut pautan anda akan didaftarkan di dalam kumpulan pelanggan anda secara automatik.
Selepas anda memasukkan kata kunci di ruang yang disediakan dan klik pada "Jana pautan", ia akan dipaparkan di bahagian bawah laman, di ruangan berlabel "Pautan referral dengan kata kunci anda".
Sila maklum bahawa hanya satu pautan referal sah dalam satu-satu masa, iaitu pautan yang terakhir dijana. Semua pautan referral yang pernah dijana sebelum ini menjadi tidak sah.