Sila maklum bahawa anda boleh mengubah leveraj anda di laman Tetapan Akaun dalam Laman Peribadi anda.
Berikut adalah cara-cara untuk menukar leveraj suatu akaun:
- Buka tetapan akaun dengan klik pada akaun yang di perlukan di Dashboard.
- Cari "Leverage" di bahagian "Tetapan akaun" dan klik pada pautan leverage semasa.
- Tetapkan leveraj ke nisbah yang diperlukan dan tekan butang "Sahkan".
Sila maklum bahawa penukaran leveraj dibolehkan hanya sekali setiap 24 jam dan hanya jika anda tidak mempunyai sebarang pesanan yang sedang aktif (open orders).
Kami ingin mengingatkan anda bahawa kami mempunyai peraturan-peraturan tertentu berkenaan leveraj yang terkorelasi dengan jumlah ekuiti. Syarikat berhak untuk menerapkan perubahan leveraj kepada posisi yang sedang sedia aktif (already opened positions) serta kepada posisi yang dibuka semula (reopened positions) sejajar dengan pembatasan ini.