Mohon maklum bahawa sistem pembayaran komisen IB kami jelas dan telus: semua kadar telah ditetapkan bagi setiap jenis akaun dan setiap instrumen dagangan. Jadual terperinci yang mengandungi kadar yang tepat terdapat di seksyen Rakaniaga laman web kami.
Sila maklum bahawa anda menerima komisen rakaniaga total anda di penghujung setiap hari perdagangan untuk semua pelanggan dan semua pesanan yang mereka laksanakan pada hari tersebut. Anda boleh semak bayaran bagi setiap pelanggan dan setiap pesanan tunggal di seksyen Laporan di Laman Peribadi Rakaniaga anda.
Sebagai contoh, jika pelanggan anda membuka pesanan AUDCAD dengan volum 1 lot di akaun Cent, pada harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1.00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada 1.00000) anda akan menerima 10 sen.
Jika pelanggan anda membuka pesanan AUDCAD dengan volum 1 lot di akaun Cent, pada harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1.00059 (atau buka pada harga 1.00059 dan tutup pada 1.00000) anda tidak akan menerima komisen.
Jika pelanggan anda membuka pesanan AUDCAD dengan volum 0.1 lot di akaun Cent, pada harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1.00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada 1.00000) anda akan menerima 1 sen.
Jika pelanggan anda membuka pesanan AUDCAD dengan volum 0.01 lot di akaun Cent, pada harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1.00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada 1.00000) anda tidak akan menerima komisen, kerana menurut Perjanjian Pelanggan:
7.3. <...> Amaun minimum untuk Komisyen Introducing Broker untuk akaun-akaun "Cent" adalah 1 sen.