Sila maklum bahawa Cashback sentiasa dikreditkan dalam tempoh sejam yang pertama pada hari perdagangan berikutnya.
Katakanlah anda berdagang pada 1 Febuari dan menepati semua syarat yang ada.
Dalam kes ini, anda akan menerima Cashback anda sekitar 03:00 2 Febuari (waktu MetaTrader).
Cashback dikreditkanbagi amaun 1 sen atau lebih dan hanya bagi pesanan-pesanan yang sudah ditutup. Jadi jika anda buka pesanan pada 1 Febuari, dan menutupnya pada 2 Febuari, maka Cashback akan masuk ke akaun anda pada awal pagi 3 Febuari.
Selain dari itu, anda juga harus maklum bahawa perbezaan di antara harga buka dan tutup bagi suatu transaksi yang sudah lengkap haruslah lebih daripada 5 pip, tidak kira jika ia berakhir untung atau rugi (nilai ini adalah sah untuk sebut harga 4 digit. Untuk sebut harga 5 digit, perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan haruslah lebih dari 59 poin).
Sebagai conoth, iika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 1 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda akan mendapat 6 sen.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 1 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00059 (atau buka pada harga 1.00059 dan tutup pada harga 1.00000) anda tidak akan mendapat Cashback.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 0.17 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda akan mendapat 1 sen.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 0.01 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda tidak akan menerima Cashback kerana amaun Cashback minimum yang boleh dibayar adalah 1 sen.