Bagaimana cara untuk menjalinkan sambungan seandainya ada ralat "NO CONNECTION" di MetaTrader:
- Klik "File" (sudu atas-kiri di MetaTrader).
- Pilih "Log masuk ke Akaun Dagangan".
- Masukkan nombor akaun di seksyen "Log masuk".
- Masukkan kata laluan trader (agar boleh berdagang) atau kata laluan pelabur (hanya untuk pemantauan aktiviti; opsyen untuk membuka pesanan ditiadakan) ke ruangan "Kata laluan".
- Pilih nama pelayan yang betul dari senarai yang dicadangkan oleh program di ruangan "Server".
Harap maklum bahawa nombor pelayan yang betul untuk akaun dagangan anda telah diberikan kepada anda sewaktu prosedur pembukaan akaun. Jika anda tidak ingat nombor pelayan anda, anda boleh lihat ia sewaktu memulihkan kata laluan anda.
Selain dari itu anda juga boleh masukkan alamat IP pelayan secara manual.