Sila lihat dan baca syarat-syarat servis Cashback.
Perkara penting ialah anda boleh mengaktifkan hanya jika akaun dagangan anda tidak dilampirkan pada Rakan Kongsi (IB).
Anda boleh mengaktifkannya untuk setiap akaun anda. Ia tidak diaktifkan secara automatik, jadi anda harus melakukannya sendiri.
Untuk mengaktifkan Cashback, sila cari tab Promosi, kemudian pilih "Cashback".
Di halaman yang telah dibuka pilih akaun yang diperlukan dan klik pada togol untuk mengaktifkan Cashback.
Anda boleh menemukan jadual penuh kadar Cashback di laman web kami.
Di dalam jadual ini angka ini adalah amaun dollar/sen yang anda akan terima dari berdagang 1 lot bagi suatu pasangan matawang di jenis akaun yang tertentu.
Cashback sentiasa diberikan pada sejam pertama hari perdagangan berikutnya.
Katakanlah, anda berdagang pada 1 Febuari, dan mematuhi semua syarat-syarat.
Dalam kes sebegini, anda akan menerima Cashback anda pada sekitar 03:00 2 Febuari (waktu MetaTrader).
Cashback diberikan mulai dari amaun 1 sen dan hanya untuk pesanan-pesanan yang sudah ditutup. Jadi jika anda buka pesanan pada 1 Febuari,. dan menutupnya pada 2 Febuari, maka Cashback akan masuk ke akaun anda pada awal pagi 3 Febuari.
Pastikan juga, perbezaan di antara harga buka dan tutup bagi suatu transaksi yang sudah lengkap haruslah lebih daripada 5 pip, tidak kira jika ia berakhir untung atau rugi (nilai ini sah untuk sebut harga 4 digit. Untuk sebut harga 5 digit, perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan haruslah lebih dari 59 poin).
Sebagai conoth, iika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 1 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda akan mendapat 6 sen.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 1 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00059 (atau buka pada harga 1.00059 dan tutup pada harga 1.00000) anda tidak akan mendapat Cashback.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 0.17 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda akan mendapat 1 sen.
Jika anda buka pesanan di akaun Cent, instrumen AUDCAD, volum sebesar 0.01 lot, di harga pembukaan 1.00000 dan menutupnya pada harga 1,00060 (atau buka pada harga 1.00060 dan tutup pada harga 1.00000) anda tidak akan menerima Cashback kerana amaun Cashback minimum yang boleh dibayar adalah 1 sen.
Harap maklum bahawa Cashback tidak dibayar untuk perdagangan di akaun Welcome Bonus dan akaun ECN.