Pertama sekali, sila pertimbangkan bahawa proses pengesahan telefon adalah tidak wajib (optional) jadi anda boleh teruskan dengan pengesahan emel dan abaikan pengesahan nombor telefon anda.
Namun, jika anda mahu pautkan nombor telefon anda kepada Laman Peribadi anda, pertama sekali log masuk ke Laman Peribadi anda.
Sila klik butang "Sahkan nombor telefon" di widget "Kemajuan pengesahan".
Kemudian klik "Sahkan" Selepas itu anda harus masukkan nombor telefon anda dan klik pada butang "Hantar kod SMS".
Selepas itu anda akan menerima sepotong kod menerusi SMS, dan anda perlu memasukkan kod ini ke ruangan yang tersedia.
Seandainya anda menghadapi kesukaran dengan pengesahan telefon, pertama sekali sila semak jika nombor yang anda masukkan adalah betul.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda pertimbangkan:
- anda tidak perlu memasukkan "0" di pangkal nombor telefon anda;
- anda tidak perlu memasukkan kod negara secara manual – ia akan disetkan oleh sistem sebaik anda memilih negara yang betul di menu berjuntai (ditanda dengan bendera di sebelah kiri ruangan nombor telefon);
- anda perlu menunggu sehingga 5 minit untuk kod tersebut sampai.
Jika anda pasti kalau anda telah melakukan semuanya dengan betul tetapi masih tidak menerima kod sms tersebut, sila cuba gunakan nombor telefon lain. Masalah ini mungkin berlaku di pihak pembekal servis telekomuniasi anda. Oleh kerana itu, masukkan sahaja nombor telefon lain di ruangan tersebut dan mohon kod pengesahan.
Anda juga boleh memohon kod tersebut menerusi pengesahan suara.
Untuk melakukan itu, anda perlu memohon kod tersebut semula dan jika anda masih tidak mendapat sms, anda boleh klik pada "Hantar kod suara". Laman tersebut rupanya seperti ini:
Harap maklum bahawa untuk meminta kod suara profil anda mesti disahkan.