Pengesahan adalah perlu untuk keselamatan, mencegah akses tanpa kebenaran ke atas data peribadi dan dana yang terkandung di akaun FBS anda, serta pengeluaran yang lancar.
Berikut adalah empat langkah untuk mengesahkan Laman Peribadi anda:
- Klik pada Pengesahan di menu utama di sudut atas-kiri skrin atau klik pautan ini.
- Isikan ruangan yang berkenaan. Sila masukkan data dengan betul, pastikan ia serupa dengan apa yang tertera di dokumen rasmi anda.
- Muat naik gambar berwarna pasport atau dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan anda yang mempunyai foto anda serta bukti alamat anda di dalam format 'jpeg', 'png', atau 'gif', dan pastikan saiz total tidak melebihi 5Mb.
- Klik butang "Hantar permohonan". Ia akan diproses tidak lama selepas itu, tempoh maksimum pemprosesan adalah 24 jam.
Sekiranya permohonan anda ditolak, anda akan menerima pemberitahuan menerusi emel; sebab penolakan akan dinyatakan di Laman Peribadi anda.
Sila maklum bahawa anda boleh menyemak status permohonan pengesahan anda dilaman Pengesahan di dalam Laman Peribadi anda. Sebaik sahaja permohonan anda diterima atau ditolak, status permohonan anda akan berubah.
Sila nantikan emel notifikasi tiba di inbox emel anda sebaik pengesahan anda selesai. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.