Sewaktu membuka akaun dagangan, anda mendapat dua kata laluan: trader dan pelabur (boleh lihat sahaja).
Kata laluan pelabur boleh diberikan oleh trader lain bagi tujuan pemantauan aktiviti; keupayaan untuk membuka pesanan ditiadakan.
Seandainya anda telah terlupa kata laluan pelabur, anda boleh mengubahnya dari dalam platform MetaTrader 4.
Berikut adalah empat langkah mudah:
- Apabila anda sudah log masuk ke platform MetaTrader 4, cari "Alatan" di menu, dan klik pada "Pilihan" di menu berjuntainya.
- Di tetingkap "Pilihan", sila klik pada tab "Server" untuk melihat butiran akaun anda, kemudian klik pada "Tukar".
- Apabila tetingkap "Change Password" muncul, anda akan perlu memasukkan kata laluan Trader semasa di ruangan yang disediakan, kemudian pilih opsyen "Tukar investor (baca sahaja) kata luan" dan masukkan kata laluan pelabur baru seperti yang anda inginkan.
- Jangan lupa untuk klik "OK" untuk simpan ubahan ini!