Apabila anda membuka akaun perdagangan, anda menerima kata laluan utama (kata laluan perdagangan, trading password). Tidak seperti kata laluan perdagangan, kata laluan pelabur digunakan untuk pemantauan sahaja. Anda boleh berikannya kepada orang lain hanya untuk tujuan membuat pemerhatian sahaja; pilihan untuk membuat pesanan dilumpuhkan.
Di platform MetaTrader, anda boleh mencipta kata laluan pelabur anda dalam hanya beberapa langkah:
- Sebaik sahaja anda sudah log masuk, cari "Tools" di menu dan klik "Options" di situ:
- Di tetingkap "Options", klik pada tab "Server" untuk memaparkan butiran akaun anda, kemudian klik "Change":
- Apabila tetingkap "Change Password" muncul, anda akan perlu memasukkan kata laluan Pedagang semasa anda di ruangan yang disediakan, kemudian pilih opsyen "Change investor (read only) password" dan masukkan kata laluan pelabur baru seperti yang anda inginkan;
- Jangan lupa untuk klik "OK" untuk simpan ubahan ini!