Pertama sekali, kami mencadangkan agar anda melihat pautan ini. Di situ anda akan menemui banyak tips berharga untuk anda.
Berikut adalah 3 langkah untuk mula berdagang:
- Buka akaun trading real.
- Deposit dana ke akaun anda (hanya untuk akaun Sebenar/Real) menerusi mana-mana kaedah pembayaran yang tersedia untuk negara anda.
- Muat turun platform dagangan daripada laman web kami dan pasangkannya pada peranti anda.
Kini, anda sudah bersedia untuk dagangan pertama anda. Masih belum tahu bagaimana? Lihat tips-tips ringkas di sini:
Bagaimanakah cara membuka/menutup pesanan (posisi)?
Ada beberapa cara untuk membuka pesanan dagangan:
- Pilih "Tools" → “New order” di menu perisian.
- Klik dua kali pada nama instrumen dagangan di tetingkap “Market Watch”.
- Klik pada butang "New Order" di toolbar.
- Tekan kekunci F9 di papan kekunci.
Bila membuka suatu posisi, trader perlu untuk mengisi ruangan berikut:
- Symbol – pilih instrumen untuk dagangan.
- Volume – tetapkan volum pesanan (bilangan lot).
- Stop Loss – tetapkan aras Renti Rugi (tidak wajib). Jika ia 0.000, tiada pesanan Renti Rugi akan dipasang.
- Take Profit – tetapkan aras Ambilan Untung, dan parameter ini juga tidak wajib. Jika ia 0.000, tiada pesanan Renti Rugi akan dipasang
Perhatian! Jika paras Renti Rugi dan Ambilan Untung dipasang terlalu hampir dengan harga semasa, anda akan ditunjukkan mesej ralat: “Incorrect S/L or T/P”. Anda perlu memindahkan paras tersebut lebih jauh dari harga semasa dan mengulangi permohonan.
Pending Order
Untuk membuka pesanan tertunda (pending order), tekan kekunci F9 di papan kekunci dan pada menu "Type" sila pilih "Pending order".
Menutup suatu posisi.
Untuk menutup suatu posisi, sila klik kanan pada pesanan di kawasan "Trade" di bawah carta, dan pilih "Close order" di menu konteks yang akan terpamer. Satu lagi cara untuk menutup pesanan adalah dengan mengklik dua kali pada kawasan "Trade".
Pesanan yang sudah ditetapkan aras Take Profit dan/atau Stop Loss akan ditutup secara automatik bila harga mencecah paras harga Take Profit ata Stop Loss yang tersebut. Posisi Long ditutup pada harga Bid, dan posisi Short – pada harga Ask.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang platform MetaTrader anda boleh hubungi laman web pengaturcara MetaTrader.
Selain itu, jika anda menggunakan terminal tersebut dari versi PC, anda boleh rujuk panduan terperinci fungsi-fungsinya dengan menekan kekunci F1 di papan kekunci.
Tutorial.
Anda boleh menemui video-video tutorial yang sangat berguna di laman web kami.
Kami juga mengesyorkan agar anda membaca Buku Panduan Forex kami.
Sila maklum bahawa, di dalam apa jua keadaan, pasukan khidmat pelanggan kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memberikan konsultasi berkaitan isu-isu trading dan strategi berdagang kepada pelanggan kami. Seandainya anda berminat mahu mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan ilmu praktikal, anda boleh bermula dengan membuat carian di internet. Yang kedua, kami menyediakan peluang untuk membuka akaun Demo untuk melihat bagaimana syarat trading kami berfungsi di akaun Sebenar (real account). Ini sangat berguna seandainya anda mahu membuka akaun Sebenar di masa hadapan. Terima kasih kerana memahami!