Pelanggan boleh menyambungkan (attach) akaun mereka dengan Rakaniaga pada bila-bila masa di tetapan akaun perdagangan. Pilihan ini tersedia dalam kedua-dua versi Laman Peribadi: web dan aplikasi. Untuk memastikan penyambungan berjaya, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
- pelanggan belum pernah mempunyai pesanan perdagangan di akaun yang ingin mereka lampirkan;
- jika sebelum ini pelanggan sudah pernah mempunyai pesanan perdagangan di akaun yang ingin mereka lampirkan, penyambungan masih boleh dilakukan dalam satu minggu setelah akaun perdagangan dibuka;
- Introducing Broker (IB) yang berkenaan telah mendaftarkan akaun Rakaniaga beliau sebelum pelanggan mendaftarkan akaun perdagangannya.
Untuk melaksanakannya, anda perlu ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Buka Laman Peribadi;
- DI Dashboard, klik pada akaun perdagangan yang ingin anda sambungkan
Laman web:
Aplikasi: - Cari "Jalinan dengan rakaniaga" di tetapan dan klik "Sambungkan":
Laman web:
Aplikasi:
iOS:
Android:
Di tetingkap pop-up, anda perlu memasukkan Nombor ID Rakaniaga dan tekan butang "Sambungkan" sekali lagi.
Sekiranya semua syarat dipenuhi, akaun akan disambungkan dengan Rakan Kongsi dengan segera.
Penting! Harap maklum bahawa seandainya akaun disambung dengan Rakaniaga, perkhidmatan Cashback akan dibatalkan secara automatik untuk akaun yang dipautkan. Selain dari itu, kami ingin mengingatkan anda bahawa setiap akaun perdagangan sebenar boleh disambungkan ke Rakaniaga yang berbeza. Anda boleh menyemak siapakah IB yang tersambung dengan suatu akaun perdagangan di tab "Jalinan Dengan Rakaniaga" yang tersedia di halaman "Tetapan Akaun".