Harap maklum bahawa FBS menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat perantara untuk pindahan dana antara kad kredit dan debit pelanggan dan syarikat.
Ini bermakna sistem kami beroperasi sebagai pihak ketiga di dalam proses terbabit dan mereka berhak untuk menolak sesetengah transaksi pelanggan dalam kes-kes yang tertentu.
Ini adalah senarai sebab-sebab paling lazim mengapa deposit kad kredit/debit boleh gagal:
- Kad tidak mempunyai nama Pelanggan di atasnya.
- Kad dikeluarkan di sesebuah negara, sementara Pelanggan pula sedang cuba mendeposit dari negara lain. Kad hanya boleh digunakan di negara tempat ia dikeluarkan.
- Kad bukan milik Pelanggan (Pelanggan bukan pemegang kad yang hak).
- Nama pada kad berbeza dengan nama pelanggan di akaun FBS (jika pelanggan menyatakan bukan nama lengkap dalam profil, ralat ini mungkin berlaku).
- Ada aktiviti fraud telah dikesan oleh sistem pembayaran.
- Pembayaran dengan kad tanpa pengesahan selamat 3D ditolak secara automatik. Anda boleh mengaktifkan pilihan selamat 3D jika anda menghubungi bank atau syarikat kad anda.
Bila sistem pembayaran menolak pembayaran atas sebab-sebab dalaman, tampaknya seperti kes anda tergolong dalam salah satu dari yang tersebut di atas. Malangnya, sistem pembayaran tidak memberikan kami sebab yang spesifik mengapa ia berlaku, namun nampaknya kad anda tidak boleh diterima untuk melakukan deposit ke akaun FBS anda.
Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan mencadangkan anda untuk menggunakan kad debit/kredit yang lain atau cuba sistem pembayaran lain untuk deposit.
Anda boleh memilih mana-mana sistem yang tersedia di Kewangan.
Terima kasih kerana memahami!
Sila maklum juga, bila anda membuat deposit dengan kad kredit/debit, nama pemegang kad (seperti yang tertera di kad) mestilah sama dengan nama pemilik akaun perdagangan. Kami tidak menerima pembayaran oleh pihak ketiga, yang bermakna, malangnya, anda tidak boleh membuat deposit menggunakan kad yang dimiliki oleh orang lain.
Peringatan: anda boleh memeriksa status transaksi anda dalam Kewangan (Sejarah Transaksi).