Laman Peribadi bukan satu-satunya tempat di mana anda boleh ubah kata laluan MetaTrader 4 anda. Anda juga boleh mengubah kata laluan trader anda dari dalam platform.
Berikut adalah empat langkah mudah:
- Apabila anda sudah log masuk ke platform MetaTrader 4, cari "Alatan" di menu, dan klik pada "Pilihan" di menu berjuntainya.
- Di tetingkap "Pilihan", sila klik pada tab "Server" untuk melihat butiran akaun anda, kemudian klik pada "Tukar".
- Apabila tetingkap "Tukar Kata Laluan" muncul, anda akan perlu memasukkan kata laluan Trader semasa di ruangan yang disediakan, kemudian pilih opsyen "Tukar Kata laluan induk" dan masukkan kata laluan trader yang baru, seperti yang anda inginkan.
- Jangan lupa untuk klik "OK" untuk simpan ubahan ini!