Anda akan melihat halaman dengan maklumat akaun perdagangan baru.
Kategori
-
HALAMAN PERIBADI FBS (MUDAH ALIH)
Ketahui bagaimana anda boleh menguruskan akaun perdagangan anda di mana sahaja dan bila-bila masa -
HALAMAN PERIBADI FBS (WEB)
Ketahui cara memanfaatkan sepenuhnya Halaman Peribadi anda -
FBS TRADER
Semua maklumat yang anda perlukan semasa bekerja dengan aplikasi FBS Trader kami -
FBS COPYTRADE
Semua yang perlu anda ketahui tentang meniru pedagang lain atau menerbitkan akaun -
OPERASI KEWANGAN
Dapatkan maklumat penting untuk deposit dan pengeluaran yang lancar -
PROMOSI DAN BONUS
Semak tentang keperluan maklumat tentang promosi FBS -
MAKLUMAT AM
Maklumat asas tentang bekerja dengan FBS dari pendaftaran sehingga berdagang -
PERKONGSIAN
Ketahui segalanya tentang menjadi Introducing Broker (IB) -
PROGRAM KESETIAAN
Ketahui cara mendapatkan hadiah diatas kesetiaan anda terhadap FBS
FAQ
-
Saya terlupa kata laluan dagangan saya (Laman Peribadi mobile)
Untuk mendapatkan semula kata laluan akaun dagangan anda, sila klik pada akaun dagangan anda di jadual Dashboard.
Di halaman tetapan akaun yang dibuka, Anda akan melihat butang "Ubah kata laluan MetaTrader" di bahagian "Tetapan MetaTrader".
Setelah mengklik butang, anda akan melihat tetingkap timbul peringatan. Klik pada butang "OK" jika anda pasti mahu menghasilkan kata laluan perdagangan baru untuk akaun ini.
-
Bagaimana cara untuk sahkan nombor telefon saya?
Pertama sekali, sila pertimbangkan bahawa proses pengesahan telefon adalah tidak wajib (optional) jadi anda boleh teruskan dengan pengesahan emel dan abaikan pengesahan nombor telefon anda.
Namun, jika anda mahu pautkan nombor telefon anda kepada Laman Peribadi anda, pertama sekali log masuk ke Laman Peribadi anda.
Sila klik butang "Sahkan nombor telefon" di widget "Kemajuan pengesahan".Kemudian klik "Sahkan" Selepas itu anda harus masukkan nombor telefon anda dan klik pada butang "Hantar kod SMS".
Selepas itu anda akan menerima sepotong kod menerusi SMS, dan anda perlu memasukkan kod ini ke ruangan yang tersedia.
Seandainya anda menghadapi kesukaran dengan pengesahan telefon, pertama sekali sila semak jika nombor yang anda masukkan adalah betul.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda pertimbangkan:- anda tidak perlu memasukkan "0" di pangkal nombor telefon anda;
- anda tidak perlu memasukkan kod negara secara manual – ia akan disetkan oleh sistem sebaik anda memilih negara yang betul di menu berjuntai (ditanda dengan bendera di sebelah kiri ruangan nombor telefon);
- anda perlu menunggu sehingga 5 minit untuk kod tersebut sampai.
Jika anda pasti kalau anda telah melakukan semuanya dengan betul tetapi masih tidak menerima kod sms tersebut, sila cuba gunakan nombor telefon lain. Masalah ini mungkin berlaku di pihak pembekal servis telekomuniasi anda. Oleh kerana itu, masukkan sahaja nombor telefon lain di ruangan tersebut dan mohon kod pengesahan.
Anda juga boleh memohon kod tersebut menerusi pengesahan suara.
Untuk melakukan itu, anda perlu memohon kod tersebut semula dan jika anda masih tidak mendapat sms, anda boleh klik pada "Hantar kod suara". Laman tersebut rupanya seperti ini:Harap maklum bahawa untuk meminta kod suara profil anda mesti disahkan.
- anda tidak perlu memasukkan "0" di pangkal nombor telefon anda;
-
Bagaimana cara untuk deposit?
Anda boleh depositkan wang ke akaun anda di dalam Laman Peribadi anda.
- Klik pada Kewangan di bahagian atas halaman.
- Pilih Deposit.
- Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya.
- Pilih akaun dagangan yang anda mahu deposit.
- Tentukan maklumat tentang akaun e-wallet atau sistem pembayaran anda jika perlu.
- Taip jumlah wang yang anda mahu Deposit.
- Pilih Mata Wang.
- Klik pada butang "Deposit".
Pengeluaran dan pindahan dalaman juga dilakukan dengan cara yang sama.
Anda boleh memantau status permohonan kewangan anda di Sejarah Transaksi.
Maklumat penting! Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan: Pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaun beliau hanya menerusi sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit sahaja.
Sila dimaklumkan bahawa untuk deposit ke akaun aplikasi FBS seperti FBS Trader atau CopyTrade anda boleh lakukan deposit hanya dalam aplikasi itu sahaja. Pemindahan dana antara akaun MetaTrader dan akaun Pedagang CopyTrade/FBS tidak boleh dilakukan.
- Klik pada Kewangan di bahagian atas halaman.
-
Berapakah amaun deposit minimum?
Sila pertimbangkan amaun deposit yang disyorkan di bawah bagi setiap jenis akaun:
- untuk akaun "Cent" amaun deposit minimum adalah 1 USD;
- untuk "Micro" – 5 USD;
- untuk "Standard" – 100 USD;
- untuk akaun "Zero Spread" – 500 USD;
- untuk akaun "ECN" – 1000 USD.
Sila maklum bahawa ini adalah amaun yang dicadangkan. Amaun deposit minimum adalah $1. Jumlah deposit minima pada amnya ialah $ 1. Sila ambil perhatian bahawa deposit minimum untuk beberapa sistem pembayaran elektronik seperti Neteller, Skrill atau Perfect Money adalah 10 $.
Untuk mengetahui berapa banyak yang diperlukan untuk membolehkan pesanan dibuka di akaun anda, anda boleh menggunakan Kalkulator Pedagang di laman kami.
- untuk akaun "Cent" amaun deposit minimum adalah 1 USD;
-
Bagaimana saya boleh lakukan pengeluaran?
Maklumat penting! Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan: Pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaun beliau hanya menerusi sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit sahaja.
Anda boleh pindahkan wang dari salah satu akaun anda ke akaun anda yang lain di dalam Laman Peribadi anda.
- Klik pada Kewangan di bahagian atas halaman.
- Pilih Pengeluaran.
- Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya.
- Pilih akaun dagangan yang anda ingin keluarkan.
- Tentukan maklumat tentang akaun e-wallet atau sistem pembayaran anda.
Untuk pengeluaran melalui kad klik pada tanda " + " untuk memuat naik gambar salinan bahagian belakang dan hadapan kad anda. - Taip jumlah wang yang anda mahu untuk keluarkan.
- Klik pada butang "sahkan pengeluaran".
Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa fi atau komisen pengeluaran bergantung kepada sistem pengeluaran yang anda pilih.
Tempoh waktu pemprosesan juga bergantung kepada sistem pembayaran.
Anda boleh memantau status permohonan kewangan anda di Sejarah Transaksi.
Sila ambil maklum bahawa menurut Perjanjian Pelanggan:
5.2.7. Jika suatu akaun dibiayai melalui kad debit atau kad kredit, salinan kad diperlukan untuk memproses pengeluaran. Salinan mestilah mengandungi 6 angka pertama dan 4 digit terakhir nombor kad, nama pemegang kad, tarikh luput dan tandatangan pemegang kad.Anda harus menutup kod CVV di belakang kad, kami tidak memerlukannya.
Untuk bahagian belakang kad, kami hanya perlukan tandatangan anda yang mana ia menjadikan kad tersebut sah untuk digunakan. - Klik pada Kewangan di bahagian atas halaman.
-
Saya terlupa kata laluan dagangan saya
Untuk mendapatkan semula kata laluan akaun dagangan anda, sila masuk dahulu ke Kawasan Peribadi anda dan klik pada akaun perdagangan anda di Dashboard.
Di halaman tetapan akaun yang dibuka, anda akan melihat pilihan "Jana kata laluan MT4/5 baru" di bahagian "Server MT".
Setelah mengklik butang, anda akan melihat tetingkap timbul peringatan. Klik pada butang "Sahkan" jika anda pasti mahu menghasilkan kata laluan perdagangan baru untuk akaun ini.
Anda akan melihat halaman dengan maklumat akaun perdagangan baru.
-
Berapa lamakah yang diperlukan untuk mengeluarkan dana saya?
Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa permohonan pengeluaran Pelanggan biasanya diproses oleh Jabatan Kewangan di Syarikat ini di mana permohonan yang diterima lebih awal akan diproses terlebih dahulu (first come, first served). Sebaik sahaja permohonan pengeluaran anda diluluskan oleh Jabatan Kewangan, dana terus dihantar dari sebelah pihak kami, namun ia seterusnya bergantung kepada sistem pembayaran untuk pemprosesan selanjutnya.
- Pengeluaran menerusi sistem pembayaran elektronik (seperti Skrill, Perfect Money, dsb.) seharusnya dikreditkan hampir serta-merta, namun ada masa-masanya ia boleh mengambil masa sehingga 30 minit.
- Seandainya anda membuat pengeluaran ke kad anda, sila maklum bahawa secara purata ia akan mengambil masa 3-4 hari berkerja untuk dana tersebut dikreditkan.
- Sementara untuk pindahan bank antarabangsa (pindahan telegrafik, wire transfer) pengeluaran diproses di antara 7 hingga 10 hari berkerja.
Semua pemprosesan pembayaran tertakluk kepada waktu operasi Jabatan Kewangan.
Waktu operasi Bahagian Kewangan FBS adalah: dari 19:00 (GMT + 3) pada hari Ahad hingga 22:00 (GMT +3) pada hari Jumaat dan dari 08:00 (GMT + 3) hingga 17:00 (GMT + 3) pada hari Sabtu.
Sila maklum bahawa anda boleh memantau status bagi permohonan-permohonan kewangan anda di laman Sejarah Transaksi. -
Bagaimana cara untuk log masuk ke akaun dagangan saya?
Bagaimana cara untuk menjalinkan sambungan seandainya ada ralat "NO CONNECTION" di MetaTrader:
- Klik "File" (sudu atas-kiri di MetaTrader).
- Pilih "Log masuk ke Akaun Dagangan".
- Masukkan nombor akaun di seksyen "Log masuk".
- Masukkan kata laluan trader (agar boleh berdagang) atau kata laluan pelabur (hanya untuk pemantauan aktiviti; opsyen untuk membuka pesanan ditiadakan) ke ruangan "Kata laluan".
- Pilih nama pelayan yang betul dari senarai yang dicadangkan oleh program di ruangan "Server".
Harap maklum bahawa nombor pelayan yang betul untuk akaun dagangan anda telah diberikan kepada anda sewaktu prosedur pembukaan akaun. Jika anda tidak ingat nombor pelayan anda, anda boleh lihat ia sewaktu memulihkan kata laluan anda.
Selain dari itu anda juga boleh masukkan alamat IP pelayan secara manual.
Mahu hubungi kami?
Hubungi kami; kami akan jawab soalan-soalan anda dan menambahkan artikel-artikel yang relevan di Help Centre
-
Penutur asli
-
Khidmat pelanggan 24/7